Sunday, June 3, 2007

Respon MAZA : Murtad antara Emosi dan Realiti

Assalamua'laikum,
Semoga Kita Semua Dalam RahmatNya,

Persoalan Lina Joy adalah satu perkara yang sudah lama dijangka berlaku kerana kerangka sekulerisasi yang ada tidak memberikan ruang pencegahan dan penguatkuasaan Islam yang menyeluruh. Ianya umpama BOM JANGKA yang bakal meletup yang di letakkan dalam sistem perudangan kita.

Kita mempunyai undang-undang islam yang tidak lengkap. Enakmen-enakmen perundangan Islam memang memberikan peruntukkan hukuman untuk orang yang murtad. Malangnya ianya hanya seperti hukuman memandu ketika mabuk. Hukuman yang di beri tidak bertepatan dengan AL-Qur'an dan As-Sunnah. Hanya Sekadar RM 2000, sekiranya seseorang itu murtad.
Mengikut Undang-undang Jenayah Islam, Murtad adalah sebesar-besar Jenayah.

Orang yang murtad dianjurkan untuk bertaubat dalam tempoh tiga hari adalah berdasarkan hadis dari Marwan, bahawa Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan agar menasihatiorang yang murtad. Abu Bakar juga pernah melakukan hal seperti ini.

Daruquthniy dan Baihaqy mengeluarkan hadis, “Bahawa Abu Bakar radhiAllahu ‘anhu menganjurkan wanita yang murtad untuk bertaubat.Wanita itu bernama Ummu Qurfah, di mana dia kafir setelah masuk Islam. Wanita itu tidak mahu bertaubat,sehingga beliau (Abu Bakar) membunuh wanita itu.”

Ini bermakna, dalam Kes Azlina Jailani, perlulah para pemerintah menjatuhkan hukuman yang berlandaskan Syariah yang sebenarnya dan bukannya denda RM2000.

Dalam erti kata lain, Azlina Jailani sepatutnya perlu di peringatkan dan di nasihati selama 3 hari. Jika beliau tetap berdegil, untuk kembali kepada Islam, hukuman bunuh perlu di laksanakan. Hukum bunuh ke atas orang murtad ialah qat’ie, iaitu hukum yang tidak boleh dipinda atau diubah suai. Hak Allah yang wajib dilaksanakan.

Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, “Allah dan RasulNya telah menetapkan, bahawa orang yang murtad dari agamanya maka dia mesti dibunuh.”

Begitu juga hadis yang bermaksud " “Barangsiapa menukar agamanya maka bunuhlah dia”

Walaupun ada golongan liberalis Islam yang menyangkal Sanad Hadis di atas, tetapi dengan tegasnya Imam Bukhari telah menerangkan bahawa Muhamad Al-Fadhal adalah seorang yang Tsiqah dan boleh di percayai atas periwayatannya.

Terdapat hadits yang sama yang di riwayatkan melalui 16 periwayat yang berbeza, yang mana hanya 3 jalan sahaja melalui sanad Muhamad Al-Fadhal. Manakala 12 riwayat lagi tiada sanad Muhamad Al Fadal. Oleh itu tiada persoalan sebagai hadits ini sebagai hadits yang lemah. Wallahualam bisawab.

Oleh itu tidak timbul isu IC perlu di labelkan Islam atau tidak. Sememangnya jelas pengenalan Islam pada diri seseorang satu perkara yang sangat perlu apatah lagi dalam menguruskan jumlah umat islam yang terlalu ramai. Maka identiti agama dalam IC adalah satu perkara yang sangat perlu apatah lagi ketika ini umat islam begitu ghairah meletakkan nama-nama yang pelik kepada anak-anak mereka.

Adalah satu kebodohan seorang Mufti apabila mempersoalkan hal IC perlu berlabel Islam atau tidak, sedangkan dalam masa yang sama beliau tidak menasihati kerajaan bagaimana sewajarnya masalah Azlina Jailani perlu di selesaikan mengikut landasan Syariah sebagaimana hadits-hadits di atas tadi. (lain halnya jika Mufti ini lebih bersetuju dengan hujah-hujah Sister In Islam).

Sekiranya Azlina Jailani di jatuhi hukuman bunuh, maka persoalan Mufti ini mengenai Orang Murtad bertopeng Islam juga sudah berjawap. Maka tiada orang lagi yang berani sewenang-wenangnya ingin menukar agama dan mengakui sudah murtad atau bangga dengan kemurtadannya.

(Malahan kaedah Fiqh Islam begitu jelas, "Hukum Berdasarkan Zahir dan bukan sangkaan!" Dalam negara Islam Medinah ketika zaman Rasulullah SAW memang ada orang yang mengakui Islam tetapi hanya pada zahir, tetapi kufur di dalam hati mereka. Mereka ini di namakan Munafiquun. Oleh itu dalam negara berpendidikan sekuler ini, memungkinkan jumlah peratusnya lebih ramai. Hanya Allah sahaja akan membalas hukuman yang setimpal dengan kemunfiqan mereka. Rasulullah SAW juga tidak menyerang mereka sebagaimana)

Itulah tujuannya hukuman Islam yang Syumul ; Dakwah, Pengawalan dan Pencegahan. Mufti ini tentulah lebih arif tentang falsafah hukuman islam. Ini adalah persoalan yang terlalu asas.

Begitu juga untuk mereka yang mengatakan Islam tidak akan rugi jika Azlina Jailani ini Murtad. Memang Islam tidak pernah bergantung kepada Keimanan seorang yang bernama Lina Joy ini.
Tetapi dalam persoalan isu ini, mengambil kaedah Fiqh yang mana Mudharat kecil lebih baik dari Mudharat besar, kita tetap bersukur mengenai keputusan Mahkamah Sivil baru-baru ini.

Sekurang-kurangnya ianya dapat mengawal arus kemurtadan yang berlaku secara berleluasa. Jika ada yang tetap mendapat Islam, sudah sepatutnya Para Ulama, Umara' dan Petugas-petugas perlu mendekati mereka sedaya baik mungkin (bergantung kepada kemampuan seseorang dalam sistem negara bersekuler).

Islam akan tetap syumul, dan sudah menjadi taklif kita, untuk menegakkan Islam yang syumul. Jangan sekadar berslogan, kita perlu bergerak. Teruskan dengan blue print negara Islam yang berpijak pada bumi yang nyata dan bukan angan-angan dan juga bukan sekadar perbincangan dan polemik ilmiyah yang tidak berkesudahan.

Persoalan mengenai Ulama dan para Menteri yang ada dalam sistem sekuler ini, sudah lama kita menyatakan ketidak setujan pada mereka yang bersekongkol dengan pemerintah yang zalim lagi sekuler. Malahan ada di antara mereka yang secara terang-terangan menjual Ayat-Ayat Allah dengan harga yang murah. Namun begitu, dalam masa yang sama, ada di kalangan mereka yang tegas menegakkan kebenaran di depan umara' ini, malahan ada yang di pecat dan dikenakan tindakan.

Kita berdoa' agar para-para Ulama' yang berada dalam gelangan Umara' yang zalim, agar terus bertegas menasihati para Umara' mengikut ajaran Islam yang sebenarnya dan para Ulama ini perlulah merapatkan saf di kalangan mereka dan tidak membawa sentimen mazhab yang sempit dan perkara yang remeh-temeh untuk memecah-belahkan umat islam di negara ini.
Perjuangkanlah perkara yang Qatie' dari perkara yang furu' yang tidak berkesudahan dan hanya membawa kepada perpecahan ummah dan melemahkan ummah menghadapi Ghazalwah musuh-musuh Islam. Janganlah bertengkar dan mendabik dada, kamilah yang terbaik!

Abu Thalhah

No comments: