Sunday, September 23, 2007

Polemik Bank Islam

Assalamua'laikum,

Isu Perbankan Islam ini tidak akan tamat sekiranya :


1. Selagi mana Bank Islam tertakluk kepada peraturan Bank Negara yang mana Bank Negara adalah ciptaan ahli ekonomi Kapitalis dan Yahudi.

2. Selagi mana Bank Islam itu berorientasikan keuntungan semata-mata sebagaimana Bank Konvensional, Ia akan gagal menerapkan konsep Taqwa dan Insan dalam operasi dan matlamat mereka. Terlalu banyak contoh.

3. CEO dan lembaga pengarah Bank Islam yang tidak memahami fundamental Islam sebaliknya mereka hanya memahami Bank Islam sebagai Instrumen Kedua penambah keuntungan mereka. Agak lelucon jika seorang Director, seorang wanita islam yang tidak bertudung mempromosikan Perbankan Islam dan berkata "kami melihat Perbankan Islam ini merupakan segmen yang baik dan dapat do terima ramai untuk memperkembangkan operasi perbankan ini"

4. Selagi mana para pegawai yang masih tidak mampu prinsip asas Muamalah/Komunikasi Islam dan Korporat Islam. Jangan terkejut jika pegawai Bank Islam lebih kurang beradap dari Bank kafir lain. Mungkin kita kena kompromi kebiadapan mereka kerana mereka tetap jual produk halal. Nah!

5. Selagi mana servis selepas perniagaan yang sama dan kadang-kadang lebih putar alam dari Bank Konvensional.

6. Selagi mana para Ulama' atau Parti Poilitik Islam berpuas hati dengan pencapaian Bank Islam yang kita sendiri sedih terhadap prestasi Index Keislamannya Bank Islam. Kita perlu kepada satu kajian yang komprehensif terhadap sistem ekonomi islam yang langsung tak bertunjangkan/bergantung ekonomi kapitalis barat. Sebuah Blue Print yang komprehensif di perlukan. (itupun jika Parti Islam dapat menguasai Parlimen pada satu hari nanti)

7. Selagi mana rakyat merelakan hidung mereka di tarik seperti lembu dan tetap menyokong BN yang terus menyuburkan ekonomi kapitalis.

Akhir kata di sini, satu kajian praktikal di perlukan dan semangat Islah kepada perbankan Islam itu tidak patut terhenti pada takuk ini. Banyak lagi usaha boleh di lakukan untuk mengembalikan Ekonomi Islam dan Peranan Baitumal sebagai Bank Negara sangatlah di Rindukan!

InsyaAllah di sana barulah kita dapat melihat benar-benar pinjaman yang tidak berlaba dan tiada penindasan seperti ini.

Kepada pengamal bank islam, kami tahu para Ulama' telah bersusah payah untuk berijtihad dan mewujudkan perbankan Islam. Janganlah di salah guna ijtihad ini untuk mendapat keuntungan yang berlipat ganda dan meneruskan penindasan sebagaimana musuh-musuh kita, Kapitalis.

Salam.
Abu Thalhah
Setia Alam
Shah Alam

Friday, September 21, 2007

Kebebasan Wanita Dalam Berkerjaya

Assalamua'laikum,
Tiada apa yang boleh kitakan mengenai Isu yang di bawa oleh UZAR melainkan dengan 2 perkataan : Tepat Dan Praktikal.

Tepat sekali saranan yang di bawa oleh UZAR berdasarkan hujah-hujah yang masyur dan ia kembali kepada Tradis Praktis Islam yang Murni dan tidak bersimpang siur.
Kefahaman mengenai peranan wanita dalam Islam sudah di maklumi oleh generasi awalun hinggalah ke zaman pra penjajahan sekuler di negara-negara Islam.

Adapun selepas pasca penjajahan barat dengan suntikan toxin sekuler mereka, telah mengubah persepsi masyarakat Islam terutama para pelakon liberalist dan sekulerist yang bermati-matian mencanangkan agenda : emanipasi wanita dalam negara-negara Islam.

Penulis masih ingat, bagaimana jalinan ekonomi antara Sudan dan Jerman pernah ingin di ikatkan, pihak kerajaan jerman telah menekankan bahawa wanita sudan perlu 'di bebaskan dari kongkongan dapur'.

Inilah kelakuan barat. Inilah agenda mereka.

Pengkaji2 para orientalis yang gigih untuk mencari 'loop hole' masyarakat umat islam ternyata berjaya apabile mereka telah mengemukan beberapa agenda untuk terus mencengkam umat islam selepas kemerdekaan.

Selain dari dualisme pendidikan, undang2 sekuler, ekonomi berdasarkan riba', mereka juga mahu wanita di berikan ruangan 100% terbuka dari segi pendidikan dan kerjaya.

Persoalannya kenapakah Barat mahu "wanita di bebaskan dari dapur"

1. Mereka telah menyediakan sistem ekonomi riba' dalam semua hal. Akibatnya sesebuah keluarga umat islam itu bergantung kepada hutang dan riba'. Kebergantungan ini menyebabkan ekonomi keluarga memerlukan belanja yang besar dan justeru itu memaksa pihak wanita bekerja dalam apa sektor pun asalkan mendapat gajian.

Dalam konteks di Malaysia, umat islam adalah pemegang minoriti ekuiti. Kaum cina terutamanya telah membolot hampir kesemua kekayaan negara secara sistematik.
Kebolehan untuk mencari rezeki umat islam telah pun terbatas dengan gagalnya bantuan kerajaan yang di penuhi dengan wang saku dan ketidakadilan dalam memberikan subsidi dan pinjaman perniagaan.

Kesemua ini membantutkan lagi sumber pendapatan sesebuah keluarga islam di Malaysia.

2. Mereka telah menyediakan sistem pendidikan sekuler yang superficial dan sempit untuk anak2 jajahan mereka. Sisten pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan ini memampukan kaum hawa untuk fokus dan 'score better mark'. Dengan itu wanita islam boleh mengatasi lelaki di dalam peperiksaan. Apa lagi, wanita akan menguasai universiti dan bidang2 ilmu di negara2 islam dan mungkin bakal pemimpin negara.

(isteri saya seorang pemegang ijazah sarjana syariah dengan flying colors, sayangnya beliau sendiri tidak mampu menguasai hal-hal yang basic dalam islam. Penyebab hal ini tidak lain kerana sistem pendidikan berpakej bermatlamatkan peperiksaan)

3. Mereka telah menyediakan sajian hiburan yang tak putus-putus kepada umat islam agar golongan lelaki manjadi hamba hawa nafsu dan lupa pada Jihad.

Longokkan berjenis hiburan dan bermacam profesion wanita yang luar biasa masa kini telah membuka ruang yang begitu luas untuk interaksi lelaki-wanita dalam ruang tanpa batas yang sukar di jangka.

Apatah lagi tahun 2007, suasana MMS dan 3G yang membolehkan para aksi wanita-lelaki di tukarkan sesama suka akhirnya menghambat golongan pria dan berusia menjadi hamba nafsu tidak kira masa dan tempat.

Akhirnya para calon lelaki SPM mahupun Mahasiswa Universiti terpesona dengan ajakan nafsu dan selera material yang terhidang. Gagallah mereka untuk fokus dalam SPM atau akhir semester mereka. Ke kilang jua akhirnya mereka.

4. Walhasil dari 3 faktor di atas, Rumahtangga kaum umat islam menjadi feminin dominan dan beralih jawatan ketuanya dari si lelaki kepada wanita. Wanita menjadi penyumbang 'Rice Bowl' keluarga, manakala pendapatan lelaki adalah secondary income.

5. Akhir sekali semangat jihad umat islam luntur. Yang lahir dari sistem ini adalah pendayus-pendayus di kalangan lelaki dan feminist-feminist di kalangan wanita. Bila di tegur merah muka kerana marah dan tidak mahu faham bahawa ini adalah sebahagian dari Islam dan kadang-kadang mereka menyalak menyalahkan Islam itu sendiri.

Sdra/sdri,
Ini bukanlah bermakna kita menghalang terus dari membenarkan kaum hawa mendapati pendidikan dan berkejaya.

Islam telah mengariskan ruang yang cukup jelas untuk wanita berkerjaya.

Kenapa ingin marah wahai kaum hawa! Wanita Islam memang di perlukan sebagai Pendidik, Doktor (terutamanya doktor sakit puan), begitu juga hal-hal yang memerlukan ketelitian dan kelembutan seorang wanita seperti jururawat, designer dan seumpanya.

Kesilapan yang berlaku apabila peranan utama wanita sebagai pendidik anak-anak di tinggalkan dan melayani suami di tinggalkan, akhirnya di utamakan kerjaya dan wang.

Pelbagai alasan di berikan. 1000 alasan boleh di berikan untuk kita makan riba' hari ini. Tapi yang jelas Riba' tetap Haram. Yang Halal itu jelas dan haram itu jelas.

Wanita pergi mencari rezeki tanpa keizinan suami, haram hukumnya. Ia jelas.

Lelaki yang dayus yang tidak mahu usaha mencari rezeki yang halal, juga Haram hukumnya.

Dalam hal ini, satu momentum kefahaman Al-Qur'an dan As Sunnah sangat di perlukan oleh umat islam.

Para ulama' yang terlalu cepat menerima dakyah peperangan psikologi gerakan feminist dan liberalist dalam membebaskan wanita dari dapur perlulah berwaspada.

Ada yang sampai berijtihad bahawa wanita boleh menjadi pemimpin negara dan hakim besar. Ruang kekhilafan/ijtihad di salah guna untuk menyokong dasar pemerintah yang zalim dan menyeleweng.

Fatwa yang hendak di berikan hendaklah tidak terpisah dengan tradisi praktis islam mahupun umat islam lampau (salafus soleh).

Jika kita renung dalam dunia akademik barat, para saintis agung mereka, bapa-bapa sosialist mereka dan pemimpin mereka rata-ratanya adalah kaum Adam.

Jika kitakan Margaret Tacher di lantik sbg PM wanita pertama, ianya adalah satu propaganda feminisme terbesar. Jika kini pun ada PM wanita negara barat adalah Jerman dan New Zealand.Itupun sekadar boneka plastik kepada parlimen negara meraka.

Tiada apa yang boleh kita banggakan dengan Bangladesh, Indonesia mahupun Pakistan yang mana pemimpin mereka pernah di lantik seorang wanita. Malahan perkara ini hanya menjadi alamat kiamat buat kita sebagai umat akhir zaman yang huru hara keadaannya.

Janganlah kita berpecah lagi. Fahamilah saranan UZAR dengan kembali kepada hujah dan dalil yang shahih serta memahami tradisi islam yang sebenarnya.

Dan yang paling jelas di sini, kefahaman islam dan praktis islam yang syumul kena di utamakan.
Perspektif perbincangan ini perlu kita halusi dan amati betul2 dengan Ruh Islam tanpa rasa prejudis sesama kita.

Wallahualam
Abu Thalhah
SHAH ALAM

Monday, June 4, 2007

Respon kepada Yang Salah Faham antara Murtad dan Bidah

.Kes Lina Joy adalah kes murtad yang terang-terangan. Jika Lina Joy di hukum mandatori bunuh. Lina Joy tidak wujud lagi.Jika adapun orang lain islam yang ingin murtad pada masa akan datang, mereka akan befikir 2-3 kali jika ingin isyitiharkan kemurtadan mereka. Paling-paling kuat mungkin mereka ini akan jadi munafiq.

Munafiq adalah orang yang jelas pada islam pada nama dan zahir tapi tidak melalui hati.
Rasulullah SAW tidak menyerang Abdullah ibn Ubay ibn Salul sehinggalah hari kematian si munafiq ini.

Hal ini sangat berbeza dengan hal Lina Joy yang telah murtad.
Mengenai Mufti ini, kita dapat lihat setiap kali isu yang timbul, beliau akan menyerang ulama-ulama' yang tidak sealiran dengannya sebagai tidak efektif dan lemah.

Sepatutnya, beliau yang membawa pendekatan 'menasihati umara' lebih sepatutnya berhikmah dan berundung dengan para ulama' yang lain. Jangan terlalu cepat melabel dan menunding jari.
Perubahan ke arah Islam bukan usahanya sehari atau seminggu. Ianya perlukan satu gerak kerja yang berterusan dan bersepadu di kalangan Ulama', Umara' , petugas Islam dan ummat islam itu sendiri. Ianya memerlukan Wahdatul Fikr atau juga perpaduan dan kesepaduan pemikiran dan gerak kerja.

Bukan sebaliknya, mengutuk dan menghina para ulama' lain dan memecah belahkan pemikiran ummah yang sudah pun serba keliru.

Terlalu mudah kita membawa slogan Buka Minda sedang dalam masa yang sama kita terlalu taksub dengan satu aliran sahaja. Malahan ruang ini akan di gunakan oleh golongan Liberal Islam dan juga musuh-musuh islam untuk menjahanamkan ummat islam. Kita bimbang dengan perpecahan para ulama yang berterusan, ada ummat islam yang bertambah keliru dan membuat jalan keluar untuk tidak mempraktiskan Islam malahan membawa kepada jalan keluar dari Islam.

Pandangan kita sentiasa terbuka. Menghormati segala mazhab yang muktabar dalam lingkungan Ahlus Sunnah tidak kira mereka yang berlabel Salafiyun, Ikhwan, Sufi, Hizbut Tahrir, Abim, PAS, JIM selagi mana kita tetap berpegang pada sumber yang jelas dan Qatie'.
Berilah pandangan yang ikhlas dan benar-benar membina. Kita perlu kepada perubahan pemikiran, syu'ur dan tindakan yang betul, jitu dan efektif. Tiada gunanya sekiranya hentam-menghentam, ianya hanya merugikan umat islam itu sendiri terutama dalam hal-hal yang remeh temeh atau lebih tepat furu'.

Berilah idea yang konstruktif dan realistik bagaimana kefahaman dan perlaksanaan islam itu dapat di pertingkatkan masa demi masa dan dalam masa yang sama kita melakukan tindakan pengawalan dan penguatkuasaan Islam yang efektif dan tepat.

Sayang sekali Tuan Mufti itu, dalam beberapa siri rencana hanya berputar-putar pada masa khilafiah dan menghentam para ulama' lain yang tidak sealiran dengannya. Seolah-olah beliaulah Jaguh kini yang perlu di berikan perhatian.

Akhir sekali, janganlah menyamakan "IDEALISME" dengan Islam . Kerana Islam bukan Idealisme! Menghukum Bunuh kepada yang Murtad bukan Idealisme. Ianya adalah Islam. Islam itu tinggi dari Idealisme, dan tiada yang lebih tinggi dari Islam! Apa yang perlu laksanakan ialah Menegekan Islam dan bukannya melihat sebelah mata pada perlaksanaan Islam yang syumul seolah-olah ianya mustahil dapat di laksanakan satu hari nanti.

Jadilah Optimis dan Bukannya Pesimis sebagaimana Kita tahu Tuan Mufti juga Optimis ingin jadi Mufti Negara satu hari nanti.Idealisme hanya sesuai kepada para Perosak Islam seperti Liberalist, Capitalist dan Hadharist yang Bid'ah!

Wallahualam.

Abu Thalhah

Sunday, June 3, 2007

Respon MAZA : Murtad antara Emosi dan Realiti

Assalamua'laikum,
Semoga Kita Semua Dalam RahmatNya,

Persoalan Lina Joy adalah satu perkara yang sudah lama dijangka berlaku kerana kerangka sekulerisasi yang ada tidak memberikan ruang pencegahan dan penguatkuasaan Islam yang menyeluruh. Ianya umpama BOM JANGKA yang bakal meletup yang di letakkan dalam sistem perudangan kita.

Kita mempunyai undang-undang islam yang tidak lengkap. Enakmen-enakmen perundangan Islam memang memberikan peruntukkan hukuman untuk orang yang murtad. Malangnya ianya hanya seperti hukuman memandu ketika mabuk. Hukuman yang di beri tidak bertepatan dengan AL-Qur'an dan As-Sunnah. Hanya Sekadar RM 2000, sekiranya seseorang itu murtad.
Mengikut Undang-undang Jenayah Islam, Murtad adalah sebesar-besar Jenayah.

Orang yang murtad dianjurkan untuk bertaubat dalam tempoh tiga hari adalah berdasarkan hadis dari Marwan, bahawa Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan agar menasihatiorang yang murtad. Abu Bakar juga pernah melakukan hal seperti ini.

Daruquthniy dan Baihaqy mengeluarkan hadis, “Bahawa Abu Bakar radhiAllahu ‘anhu menganjurkan wanita yang murtad untuk bertaubat.Wanita itu bernama Ummu Qurfah, di mana dia kafir setelah masuk Islam. Wanita itu tidak mahu bertaubat,sehingga beliau (Abu Bakar) membunuh wanita itu.”

Ini bermakna, dalam Kes Azlina Jailani, perlulah para pemerintah menjatuhkan hukuman yang berlandaskan Syariah yang sebenarnya dan bukannya denda RM2000.

Dalam erti kata lain, Azlina Jailani sepatutnya perlu di peringatkan dan di nasihati selama 3 hari. Jika beliau tetap berdegil, untuk kembali kepada Islam, hukuman bunuh perlu di laksanakan. Hukum bunuh ke atas orang murtad ialah qat’ie, iaitu hukum yang tidak boleh dipinda atau diubah suai. Hak Allah yang wajib dilaksanakan.

Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, “Allah dan RasulNya telah menetapkan, bahawa orang yang murtad dari agamanya maka dia mesti dibunuh.”

Begitu juga hadis yang bermaksud " “Barangsiapa menukar agamanya maka bunuhlah dia”

Walaupun ada golongan liberalis Islam yang menyangkal Sanad Hadis di atas, tetapi dengan tegasnya Imam Bukhari telah menerangkan bahawa Muhamad Al-Fadhal adalah seorang yang Tsiqah dan boleh di percayai atas periwayatannya.

Terdapat hadits yang sama yang di riwayatkan melalui 16 periwayat yang berbeza, yang mana hanya 3 jalan sahaja melalui sanad Muhamad Al-Fadhal. Manakala 12 riwayat lagi tiada sanad Muhamad Al Fadal. Oleh itu tiada persoalan sebagai hadits ini sebagai hadits yang lemah. Wallahualam bisawab.

Oleh itu tidak timbul isu IC perlu di labelkan Islam atau tidak. Sememangnya jelas pengenalan Islam pada diri seseorang satu perkara yang sangat perlu apatah lagi dalam menguruskan jumlah umat islam yang terlalu ramai. Maka identiti agama dalam IC adalah satu perkara yang sangat perlu apatah lagi ketika ini umat islam begitu ghairah meletakkan nama-nama yang pelik kepada anak-anak mereka.

Adalah satu kebodohan seorang Mufti apabila mempersoalkan hal IC perlu berlabel Islam atau tidak, sedangkan dalam masa yang sama beliau tidak menasihati kerajaan bagaimana sewajarnya masalah Azlina Jailani perlu di selesaikan mengikut landasan Syariah sebagaimana hadits-hadits di atas tadi. (lain halnya jika Mufti ini lebih bersetuju dengan hujah-hujah Sister In Islam).

Sekiranya Azlina Jailani di jatuhi hukuman bunuh, maka persoalan Mufti ini mengenai Orang Murtad bertopeng Islam juga sudah berjawap. Maka tiada orang lagi yang berani sewenang-wenangnya ingin menukar agama dan mengakui sudah murtad atau bangga dengan kemurtadannya.

(Malahan kaedah Fiqh Islam begitu jelas, "Hukum Berdasarkan Zahir dan bukan sangkaan!" Dalam negara Islam Medinah ketika zaman Rasulullah SAW memang ada orang yang mengakui Islam tetapi hanya pada zahir, tetapi kufur di dalam hati mereka. Mereka ini di namakan Munafiquun. Oleh itu dalam negara berpendidikan sekuler ini, memungkinkan jumlah peratusnya lebih ramai. Hanya Allah sahaja akan membalas hukuman yang setimpal dengan kemunfiqan mereka. Rasulullah SAW juga tidak menyerang mereka sebagaimana)

Itulah tujuannya hukuman Islam yang Syumul ; Dakwah, Pengawalan dan Pencegahan. Mufti ini tentulah lebih arif tentang falsafah hukuman islam. Ini adalah persoalan yang terlalu asas.

Begitu juga untuk mereka yang mengatakan Islam tidak akan rugi jika Azlina Jailani ini Murtad. Memang Islam tidak pernah bergantung kepada Keimanan seorang yang bernama Lina Joy ini.
Tetapi dalam persoalan isu ini, mengambil kaedah Fiqh yang mana Mudharat kecil lebih baik dari Mudharat besar, kita tetap bersukur mengenai keputusan Mahkamah Sivil baru-baru ini.

Sekurang-kurangnya ianya dapat mengawal arus kemurtadan yang berlaku secara berleluasa. Jika ada yang tetap mendapat Islam, sudah sepatutnya Para Ulama, Umara' dan Petugas-petugas perlu mendekati mereka sedaya baik mungkin (bergantung kepada kemampuan seseorang dalam sistem negara bersekuler).

Islam akan tetap syumul, dan sudah menjadi taklif kita, untuk menegakkan Islam yang syumul. Jangan sekadar berslogan, kita perlu bergerak. Teruskan dengan blue print negara Islam yang berpijak pada bumi yang nyata dan bukan angan-angan dan juga bukan sekadar perbincangan dan polemik ilmiyah yang tidak berkesudahan.

Persoalan mengenai Ulama dan para Menteri yang ada dalam sistem sekuler ini, sudah lama kita menyatakan ketidak setujan pada mereka yang bersekongkol dengan pemerintah yang zalim lagi sekuler. Malahan ada di antara mereka yang secara terang-terangan menjual Ayat-Ayat Allah dengan harga yang murah. Namun begitu, dalam masa yang sama, ada di kalangan mereka yang tegas menegakkan kebenaran di depan umara' ini, malahan ada yang di pecat dan dikenakan tindakan.

Kita berdoa' agar para-para Ulama' yang berada dalam gelangan Umara' yang zalim, agar terus bertegas menasihati para Umara' mengikut ajaran Islam yang sebenarnya dan para Ulama ini perlulah merapatkan saf di kalangan mereka dan tidak membawa sentimen mazhab yang sempit dan perkara yang remeh-temeh untuk memecah-belahkan umat islam di negara ini.
Perjuangkanlah perkara yang Qatie' dari perkara yang furu' yang tidak berkesudahan dan hanya membawa kepada perpecahan ummah dan melemahkan ummah menghadapi Ghazalwah musuh-musuh Islam. Janganlah bertengkar dan mendabik dada, kamilah yang terbaik!

Abu Thalhah

Sunday, May 27, 2007

AGENDA WAHABI MELALUI TULISAN MAZA

Assalamu'alaikum wrh wbt

Sebagai yang di jangka oleh pengkaji-pengkaji wahabi, agenda MAZA untuk menguasai institusi agama melalui politik sudah pun jelas pada hari ini. (sila rujuk artikel Utusan, Ahad 27 Mei seperti di hujung artikel ini)Maza@wahabi memang hebat, dengan meggunakan satu peluru, dia tembak 2 musuh : Ulama Kerajaan@Mufti BN dan Ulama-ulama PAS. Semua kena tembak!

Siapakah Ulama yang benar di sisi MAZA untuk menjadi Ulama kepada Umara'??
Tentulah beliau sendiri, Husin Yee, Abdullah Yaassin dan Pendakwaraya-pendakwaraya Bid'ah-bid'ah sekelian!

Artikel beliau jelas bersifat menghasut dan mengampu pemerintah Malaysia, agar pemerintah-pemerintah Malaysia perlu mengubah 'Kiblat' kepada golongan-golongan yang kononnya tahu cara menasihati para umara' dan mereka ini sudah tentulah "bebas bid'ah", iaitu Salafi Jadian.
Apa yang lebih penting bagi mereka agar dapat duduk di kerusi-kerusi empuk kerajaan dan seterusnya memulakan proses Menghukum Para Pelaku Bid'ah!

Kita semua boleh berfikir sekiranya mereka berada di tampuk atas, perjuangan menasihati kezaliman pemerintah akan berubah arah. Akhir sekali perjuangan mereka akan tertumpu kepada soal-soal ranting yang tak berkesudahan seperti Qunut, Ushali dan Talqin.

Inilah terjadi kepada Arab Saudi Darul Wahabi yang mengamalkan sikap double standard pada umat islam sedunia. Mereka menghukum Umat Islam yang tak sealiran dengan mereka sebagai Dholalatun (Yang Sesat)! Dalam masa yang sama mereka berlindung di bawah ketiak-ketiak KING (Raja) Saudi yang Korup, Zalim, Pengecut dan lagi Pemalas!

Kegagalan ulama wahabi untuk menjadi penegak keadilan Ummah dapat di lihat dengan jelas apabila Arab saudi di bawah nasihat mereka telah gagal membela nasib umat islam di seluruh dunia dan lebih malang negara Al-Saud Wahabi sendiri telah di cucuk hidung oleh Amerika dan Israel umpama Lembu.

Malahan Ulama Wahabi telah memecah-belahkan penyatuan Ummat Islam dan tiada usaha yang jelas dari mereka untuk menyatupadukan pemikiran dan gerak kerja Islam.
Merekalah bersifat menghukum lebih dari berdakwah!

Mereka 'mimic' ikhwanul muslimin tetapi metodologi dan prinsip perjuangan mereka tersasar dari Ikhwan. Mereka tidak dapat menerima Ushul 20 Imam Syahid Hassan Al-Bana. Kerana bagi mereka sebahagian usul itu penyubur Bid'ah!

Jika dasar perjuangan Ikhwan ialah menegakkan negara daulah Islam bersandarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah dan penyatuan pemikiran Islam tanpa kira Mazhab Fiqh yang di anuti.
Sebaliknya Wahabi mementingkan penyuburan Mazhab Laa Kulli Bid'ah (wahabism) daripada penubuhan sebuah negara Islam Yang Bermaruah.

Method mereka mendekati Umara' memang terkenal dengan menghasut dan berkomplot agar mereka di tempatkan di singgahsana yang selesa.

Di dalam artikel Maza ini, ada beberapa perkara mengelirukan terutamanya Hadith yang di riwayatkan oleh Abu Azim, seperti berikut :

Sabda Nabi: Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunah 507. Sanadnya sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani ketika mentahqiq al- Sunah ini (hlm 507).

1. Kita mempersoalkan periwayat hadis yang kurang di kenali ini, Ibn Abi Asim, apakah nilaian hadis ini? Kita tidak mahu Albani yang mentahqiqkan hadis ini. Kerana beliau mempunyai ikatan politik yang kuat dengan kerajaan Bani Saud.
2. Adakah hadis yang kurang di kenali ini manjadi dalil untuk membatalkan segala hujah-hujah ulama yang menyeru agar kezaliman pemerintah di tentang sebijaksana mungkin samada dengan surat, bercakap hadapan, menyedarkan rakyat tentang perkara yang di zalimi dan menjelaskan kezaliman pemerintah ?

Adakah MAZA fikir dengan menggunakan hujan ini, beliau boleh terlepas begitu sahaja sekiranya negeri Perlis Darul Wahabi Celup melakukan kemungkaran? Adakah beliau fikir setelah menasihati Shahidan Kassim, tanggungjawap beliau sudah lepas begitu saja tanpa sebarang tindakan yang susulan yang jitu? Hadis-hadis seperti ini perlu di bincangkan dengan terbuka oleh Ulama-Ulama' dalam forum yang lebih sesuai dan bukan di jadikan peluru untuk membunuh musuh.

Akhir kata, kita doa'kan sikap golongan wahabi@salafi ini berubah menjadi lebih penyantun dalam berdakwah dan tidak bersifat menghasut dan menghukum kepada umat yang tidak sealiran dengan mereka.

Kefahaman Kita : Kita tidak pernah katakan mereka sesat!

Wassalam.
Abu Thalhah

ARTIKEL DARI UTUSAN---------------------------Antara pengampu dan pencercaOleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDINSeseorang pemerintah hendaklah tahu, bahawa bukan semua yang memujinya ikhlas kepadanya. Mungkin pujian itu datang disebabkan takut kepadanya atau habuan yang diharapkan. Maka tidak hairanlah jika ramai pemerintah yang dipuji pada zaman dia berkuasa, dikeji dan dihina pada hari dia kehilangan takhta.
Para pengampu juga akan mencari ‘tempat ampuan’ yang baru. Di samping itu, sesuatu yang pasti bahawa setiap yang mengutuk atau memaki pemerintah secara terbuka, tidak mempunyai keikhlasan terhadap pemerintah. Pemaki atau pencerca sebenarnya sama seperti pengampu. Kedua-duanya mengharapkan habuan. Pemaki mengharapkan dengan makian itu dia diangkat, atau dianggap wira. Lalu habuan akan datang melalui penyokongnya, atau akan ada kerusi yang diberikan kepadanya.
Para ulama tidak boleh menjadi pengampu pemerintah. Dalam masa yang sama, mereka tidak diizinkan syarak menjadi pencerca atau pemaki pemerintah. Mengampu pemerintah dengan menggunakan nas- nas agama menyebabkan pemerintah tersesat jalan dengan merasai sentiasa dirinya betul.
Apa tidaknya golongan agama pengampu ini yang akan menyokong segala-galanya. Tanpa perlu berfikir panjang, kerjanya mencari dalil dan hujah menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah. Segala dalil-dalil syarak diputar agar bersesuaian dengan cita rasa pemerintah.Sikap ini sangat berbeza dengan akhlak pendakwah yang tidak suka melihat manusia melakukan kesalahan dan gembira melihat manusia melakukan kebaikan.
Golongan ulama pengampu mengambil langkah menyokong apa sahaja yang dibuat oleh pemerintah. Mereka biasanya mendapat habuan dunia yang memberangsangkan. Pemerintah mempergunakan golongan ini sebagai alat menghalalkan segala tindakannya. Mereka adalah ulama jahat yang banyak mengorbankan agama dan rakyat. Mereka ini bagaikan lalat yang mencari kesempatan menghurung bangkai yang busuk. Demikian mereka mencari kesalahan pemerintah untuk dikerumuni dan dihalalkan.
Golongan pemaki yang bertopengkan agama pula menjadikan kutukan ke atas pemerintah atau bangkangan terhadap sesebuah kerajaan yang berkuasa sebagai modal cari makan. Mereka juga biasanya mendapat habuan dunia dengan pelbagai aktiviti dan jemputan. Duit orang ramai juga mudah dikumpulkan untuk apa-apa projek atas tiket semangat menentang kerajaan.
Segala dalil syarak dipersembahkan dalam bentuk menyanggahi pemerintah. Kedua-dua golongan ini merosakkan umat dengan kerosakan yang amat besar.
Islam memerintahkan para ulama dan umat sentiasa menasihati pemerintah. Bukan mengampu atau memakinya. Nasihat itu adalah tuntutan agama. Nasihat mungkin datang dengan nada yang lembut. Juga mungkin dengan nada yang tegas.
Namun penasihat sentiasa mengharapkan kebaikan untuk pihak yang dinasihati. Tidak dinamakan nasihat, jika kita memujinya sehingga dia tersasar. Juga tidak dinamakan nasihat jika kita memakinya di khalayak ramai. Daripada Abi Hurairah: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah meredai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya, (ketiga) kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidak berfaedah) (Riwayat Malik 2/169).
*Sedar
Para pemerintah hendaklah sedar bahawa golongan yang mentaati mereka ketika mereka melakukan kemungkaran adalah golongan menjual agama dan tidak jujur terhadap diri dan pemerintah itu sendiri.Daripada Abi Said al-Khudri, daripada Nabi, sabdanya: Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan dan menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan dan menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan Allah. (Riwayat al-Bukhari 6/2438 dan al-Nasai 7/158).
Al-Bukhari meriwayatkan: Ada golongan berkata Ibn ‘Umar: “Kami masuk kepada pemerintah kami, lalu kami berkata kepada mereka berbeza dengan apa yang kami cakap apabila kami keluar dari mereka.” Kata Ibn ‘Umar: “Kami dahulunya (zaman Nabi s.a.w) menganggap itu sebagai nifak (perbuatan munafik).” (Riwayat al-Bukhari 6/2626).
Benarlah nasihat Syaiban al-Ra’i pernah menasihati Harun al-Rasyid: “Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau berasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan.” Tanya Harun al-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku.” Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: “Engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baik dari orang yang berkata, “Kamu kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!” (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar’iyyah, 1/198).
Maksudnya mereka yang memberi nasihat dengan jujur lebih bermanfaat untuk pemerintah dari mereka yang mengampu yang sebenarnya merosakkan pemerintah. Sabda Nabi: Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga).
Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). (Riwayat Ahmad 14/78, al-Nasai 7/160 dan al-Tirmidhi. Hadis ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337- 339).
Ada pula yang berpendapat bahawa ulama yang tidak berani memaki secara terbuka sebagai ulama pengecut. Namun petunjuk hadis tidak begitu. Sabda Nabi: Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunah 507. Sanadnya sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani ketika mentahqiq al- Sunah ini (hlm 507).
Orang politik ramai yang mempunyai ego yang tinggi. Jika disebut kesalahan di khalayak ramai, maka kemungkinan dia enggan akur kerana ego politiknya. Jika secara bersendirian, ruang penerimaan itu lebih mudah. Hadis ini juga menjelaskan bahawa pemerintah mesti terus dinasihati sama ada dia menerima ataupun menolak. Sekiranya dia menerima, maka itu sesuatu yang sangat baik untuk dirinya dan umat. Jika dia menolak, pemberi nasihat telah pun menunaikan tanggungjawabnya. Di samping nasihat juga dapat mengingatkan dia tentang akibat sesuatu perbuatan atau perkara. Sekalipun jika dia tidak terima, dia tetap akan tahu nilai perbuatan di sisi syariat Allah.
*Manfaat
Kata al-‘Adhim al-Abadi: “Kata para ulama: “Tidak gugur dari mukalaf tanggungjawab al-Amr bi al-Makruf wa al-Nahy ‘an al-Munkar hanya kerana pada sangkaan tidak memberi faedah. Bahkan wajib dia melakukannya kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang beriman.” (Al-‘Adhim al-Abadi, ‘Aun al-Ma’bud, 11/330).
Sabda Nabi: Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil – dalam riwayat yang lain: Yang benar – di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim. (Riwayat al-Nasai 7/161 Abu Daud 4/124, al-Tirmidzi 4/ 471 dan Ibn Majah 2/1329. Al-Diya al-Maqdisi menyatakan sanadnya sahih (Al-Diya al-Maqdisi, Al- Ahadith al-Mukhtarah, 8/110).
Hadis ini selalu disalah fahami untuk membolehkan cercaan terbuka. Jika diteliti hadis ini jelas menunjukkan perkataan yang adil atau benar itu hendaklah dilakukan di hadapan pemerintah yang zalim, bukan di belakangnya. Ini membawa risiko yang paling tinggi dalam berdakwah. Adapun menyatakan kalimat yang benar atau adil di belakang pemerintah, ramai yang mampu melakukannya. Begitu juga mencercanya di belakang.
Kata al-Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abd Allah bin Baz: “Bukan dari Manhaj al-Salaf (jalan salafussoleh) menghebohkan dan menyebut keburukan pemerintah di atas mimbar. Hal ini kerana ia boleh membawa kepada porak-peranda dan hilang ketaatan dalam perkara makruf. Ia membawa kekecohan yang memberi mudarat dan tidak bermanfaat. Sebaliknya jalan yang ikuti di sisi golongan salaf: Nasihat antara mereka dengan pemerintah, menulis kepada mereka, atau berhubung dengan ulama yang mempunyai hubungan dengan mereka.” (Al-Qahtani, Fatawa al-Aimmah fi Nawazil al-Mudlihammah, hlm 98).
Kata Dr. Salih bin Fauzan: “Mereka yang paling utama untuk melakukan nasihat kepada para pemerintah ialah ulama, cerdik pandai dan ahli mesyuarat pemerintahan. Firman Allah: (maksudnya) Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada uli al-Amr di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan). (al- Nisa: 83).
Bukan setiap individu layak untuk urusan ini. Bukanlah sama sekali menghebah dan menghebohkan kesalahan itu suatu nasihat. Ia bukan Manhaj al-Salaf al- Salih. Sekalipun maksud pelakunya itu baik iaitu untuk membantah mungkar seperti yang mereka dakwa.
Namun apa yang dia buat lebih mungkar dibandingkan apa yang dia bantah. Sebabnya, boleh jadi membantah mungkar itu juga suatu kemungkaran. Ini sekiranya tidak di atas jalan yang disyariatkan Allah dan Rasul-Nya, maka ia adalah mungkar... (Ibid, hlm 124).
Jika Firaun yang melampaui batas tetap Allah perintahkan Musa dan Harun agar datang menasihatinya dengan cara yang baik, apatah lagi para pemerintah semasa. Firman Allah: (maksudnya) Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lembut, mudah-mudahan dia beringat atau takut. (Taha: 43-44).
Aliran seperti inilah yang dipelopori oleh para ulama muktabar sejak zaman dahulu. Dengan itu, kita akan dapati mereka menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah dengan tegas, dalam masa yang sama mereka juga taat tidak menentang secara terbuka, tidak mencerca secara berleluasa dan bekerjasama dalam perkara yang baik.
Sejarah merakamkan watak tegas mereka di hadapan pemerintah, sabar mereka dengan kerenah pemerintah dan kerjasama mereka dalam urusan kebaikan. Walaupun mereka mempunyai kekuatan mengumpulkan rakyat, namun para imam ahli sunah tidak keluar menentang pemerintah secara terbuka. Sekalipun di kalangan mereka ada yang diperlakukan seperti apa yang berlaku kepada al-Imam Ahmad bin Hanbal.
Demikian juga dalam hal para pemerintah. Makian hanya mengundang keburukan, bukan faedah kepada Islam. Jika mereka dinasihati dengan baik, jelas, tegas dan tidak menggadaikan prinsip agama, pemerintah mungkin akan memikir dan menerimanya. Saya percaya ramai pemerintah dalam banyak keadaan belum mendengar nasihat yang ikhlas, lunak, tegas dan bernas.
Nasihat itu pula disampaikan secara langsung tanpa sebarang kepentingan diri penasihat. Mungkin apa yang banyak pemerintah dengar adalah ucapan para pengampu yang mengampu bukan-bukan. Atau para pencerca yang kegiatan adalah mencerca pemerintah. Atau mungkin juga ada nasihat yang baik, namun apabila ia datang atas nama seteru politik menyebabkan para pemerintah salah sangka dengan nasihat tersebut. Pemerintah umat ini masih tandus dan gersang nasihat-nasihat yang hebat seperti yang pernah diberikan oleh para ulama terbilang di hadapan para pemerintah yang lampau sehingga menitiskan air mata mereka.
- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Thursday, May 24, 2007

Re : Anwar dan Khairy

Salam Semua,

Alamak ini cerita anwar lwn khairy punya ka?

Bagi saya depa ni kawan rapat dalam selimut tapi berlagak musuh depan orang ramai.Anwar memang kita tahu sungguh korup bila jadi TPM.

Kita masih ingat ingat cerita-cerita Abrar Group dan juak-juak ABIM dia yang bermaharajalela bila si Anwar ini di atas.Ketika itu mereka mendabik dada konon merekalah yang terbaik. Arus KeANWARan yang sangat kuat itu, hingga orang yang tak tahu mengaji pun pura-pura jadi baik sekejap. Habis team-team yang tak sealiran mereka mereka tentang umpama komunis.


Tabiat sombong, bongkak dan lagak mereka seolah-olah mereka itu maksum.Dari segi kekayaan ekonomi negara, habis di bolot untuk juak-juak mereka. Kita juga tidak lupakan kesanggupan Anwar yang menjadi pelobi Politik Wang untuk teamnya dalam UMNO ketika melawan Ghafar Baba dulu.Mungkin semua ini kisah lama. Tapi kisah lama ini masih menjadi kenangan bagi kita supaya berhati-hati dgn beliau dan juak-juaknya.

Namun sebagai orang yang cintakan keadilan, saya tetap tidak setuju cara kes pemecatan dan liwat dia di adili. Banyak yang tidak wajar dilakukan oleh Mahathir.

Setelah era Reformasi berlalu, di ganti pula dengan era ReforMati, kita lihat anwar gagal menerajui gagasan perjuangannya. Perjuangan beliau masih samar-samar dan kadangkala agak kelam. Tidak keterlaluan apa yang di katakan oleh Shaari Sungib ada benarnya "masa untuk anwar sudah berlalu".

Pada hari ni kita memerlukan satu wajah baru untuk memimpin Rakyat menentang kezaliman dan penindasan Paklah@Pakloong.

Kita perlukan Kepimpinan Yang Baru dan Pemimpin Muda Yang Energetik.Bukan KJ sundal malam yang kita harapkan, bukan jugak Nasaruddin Yang Bermercedez, tidak juga Lim Eng Guan yang skeptikal.Kita perlukan seorang yang ikhlas, sederhana hidupnya, rajin orangnya, hikmah dan bijak kata-katanya, serta kuat azam dan fizikalnya untuk memperjuangkan yang hak dan menentang yang batil.

Di sini tiada isu sapa yang menentang Anwar masuk team mahathir, paklah, hadi, kit siang mahupun samy vellu.

Khairy cita-cita besar, kuat azamnya, tapi dah kena gigit dengan haruman sundal malam, habis dia gila meroyan kebelakangan ini. So memang dia ni tak boleh nak pakai sangat. Dia tersalah lorong dulu, pasal tu termasuk sangar Sundal Malam. Dia mungkin terlupa Gigitan Sundal Malam tak kira graduates mana, oxford ka, UM ka, NUS ka? Pasti Semuanya Meroyan!